current | archives | profile | links | rings | k midad | photos | quizzes
email | gbook | notes | host | image | design Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Perkahwinan Misyar
2006-05-31, 5:29 p.m.

Senario di suatu tempat menunggu perkhidmatan

Cik A dan Encik B sedang sibuk melayan kanak-kanak perempuan sebelah mereka.

Cik A single, Encik B pun single.

Cik A bercakap tentang biological clock, tentang tahun depan dah masuk 29...
Makin lama tunggu nak kawin, makin tinggi risiko kalau mengandung dalam usia yang lewat.
Cik A mula mengeluh....

Encik B tak bercakap tentang biological clock tapi memberi komen tentang kalau lambat dapat anak, nanti bila dah pencen pun masih kena menyara anak nak masuk Universiti /Kolej.
Encik B pun turut mengeluh...

Alangkah bagus kalau Encik B suka Cik A dan Cik A pun suka Encik B,
Selesai satu masalah!

Tapi begitulah hidup ini...
Tidak semuanya mudah.
YOU LIKE WHO YOU LIKE lah kan?

.... tiba-tiba dalam kepala Cik A teringat polemik perkahwinan misyar.
Oh..tidak! Cik A belum sampai ke tahap terdesak macam tu lagi.

Tapikan, dekat pejabat sekarang memang heboh dan lawak paling terkenal:
Nak kahwin misyar, kena kawin dengan MISHA omaR!

Notakaki:

Cikzz rasa perkahwinan misyar ini tidak akan memberi sebuah keluarga sempurna kepada anak-anak yang bakal lahir.
Dalam hati asyik berfikir,
Perempuan dan lelaki yang nak berkahwin mengikut kaedah ini fikirkan kepuasan diri masing-masing tapi mengabaikan masa depan anak-anak.

lenguh jari kopepod menaip: 5:29 p.m.



last - next