Cikzz menyambut kedatangan Jun dengan rasa sedikit kesal.
Kenapa? Sepatutnya,Cikzz dah kurus sket time ni. Tapi, apakan daya... diet separuh jalan saja. Natijahnya, jarum penimbang masih di takuk lama (nasib baik tak naik, pheww!)
Hari Selasa baru ni, Cikzz cuti sakit. Duduk rumah, sempatlah tengok Oprah. Fokus dia tentang penampilan. Ada la dua orang perempuan yang terpilih untuk di'makeover' setelah berani duduk dalam bilik kaca dan minta orang yang lalu-lalang teka umur mereka. Rata-rata meneka umur diaorang dalam 50-60 padahal seorang tu umur 40 dan sorang lagi 43! Seperti biasa, Oprah dengan team dia berjaya merubah mereka dari the ugly ducklings kepada swans.Dan kali ni, orang teka umur diaorang dalam 30-40 tahun! Kalau lah Cikzz juga diberi peluang yang serupa, Cikzz tak nak kelihatan 10 tahun lebih muda tapi nak sangat pergi putihkan gigi ( tapi proses tu sebenarnya menghakis gigi)dan hilangkan parut! Di akhir segmen, Oprah jemput penulis buku Why French Women Don't Get Fat ke studio. Cikzz terlupa nama dia tapi antara sebab yang diberikan: 1. Wanita Perancis sangat menikmati makanan. Mereka menikmati setiap rasa yang ada pada makanan tersebut TAPI makan dalam 'portion' yang sikit saja. [Peraturan 3 kali bite saja bila makan sesuatu makanan] *Jangan makan tapi lepas tu menyesal sebaliknya makan tanpa kerisauan dalam jumlah yang terkawal. 2. Wanita Perancis akan berhenti makan sebelum kenyang. (dalam Islam pun disuruh tapi tengoklah, kaum lain yang amalkan!) 3. Wanita Perancis bersenam dengan cara berjalan kaki (di dalam jarak yang sesuai) ke tempat kerja, ke kedai etc... dan juga lebih banyak menggunakan tangga daripada lif!
Ada lagi enam bulan sebelum umur Cikzz masuk 29. Selepas ni, metabolisme makin menurun. Masa makin terhad. Kali ni Cikzz betul-betul bertekad nak cuba sebaik mungkin untuk turunkan berat badan.
Memandangkan nak tiru style french women, err... haruskah Cikzz menyokong Perancis dalam World Cup kali ni? Kuang Kuang Kuang (",)
p/s: Mummy Effayaya, thanks for the pic. Wah... dah slim balik eh hang? apa rahsianya?